Blogger.com atau blogspot merupakan antara platform popular untuk buat blog; mudah dikendalikan dan mudah digunapakai. Terdapat pelbagai modul yang ada dalam blogspot tapi yang kurangnya sekarang ini ialah tiada modul atau gadget rasmi untuk buat forum.
Berbeza dengan wordpress yang mempunyai pelbagai plugin tersendiri untuk buat forum, blogspot masih tiada lagi walaupun permintaannya semakin tinggi.
Jadi saya ingin kongsikan di sini bagaimana cara yang boleh dilakukan sekiranya anda ingin mempunyai forum sendiri di bawah URL blogspot anda.
Konsepnya disini ialah menggunakan embedable (dalam bahasa melayunya "boleh tampal" kot) forum. Sama seperti kita embed-kan youtube atau apa-apa widget di dalam blog ini.
Cuba cari embedable forum atau embed forum dan keyword yang berkaitan di google. Apa yang menarik perhatian saya ada 2 website yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:-
1) Tal.ki
Ini merupakan pilihan pertama saya. Layout forum yang cantik dan apa yang paling menarik adalah pengguna tidak perlu lagi bersusah payah mendaftar. Boleh terus menggunakan akaun dari website popular seperti google, facebook dan yahoo.
Tal.ki menyimpan sehingga 200 post dan menyediakan kebolehan untuk buat sub-forum yang limited. Tetapi dengan membayar sedikit yuran secara bulanan (atau tahunan), yang limited itu jadi unlimited.
Layari Tal.ki dan kemudian klik pada "Get your embedable forum"
dapatkan embed code tersebut.
2) Nabble.com
Nabble.com menyediakan platform yang cukup mudah untuk membuat forum, mailing list, photo gallery dan news website. Apa yang lebih bagusnya applikasi yang disediakan ini adalah embeddable dan percuma selamanya.
Senang disetup, dikendalikan dan dimoderate. Tidaklah serumit applikasi-applikasi forum yang lain.
Klik pada create forum
dan kemudian isikan butir-butir yang berkaitan dengan forum yang anda inginkan dan wala! forum anda terus siap. Klik pada embedding options
Dapatkan code forum anda
Jadi sekarang anda telah pun anda code dari website yang menyediakan perkhidmatan forum tersebut.Embedkan code tersebut pada blogspot anda.
1) Log masuk ke blogger.com dan pilih blog yang anda ingin letakkan forum tersebut.
2)Klik pada posting >> Edit Pages >> New Pages
Tuliskan Forum (atau apa sahaja nama yang anda inginkan) di Page title dan paste-kan code tadi di bahagian bawah. Kemudian klik publish dan lihat hasilnya.
Terdapat 2 lagi perkhidmatan embedable forum tetapi saya masih belum pernah cuba lagi iaitu di http://www.sparkbb.com dan http://bravenet.com
Bagi blog ini, masih belum ada kepentingan untuk meletakkan forum jadi saya masih belum mengaplikasikannya disini. Saya lebih gemar menganggap tempat komen di bawah adalah laman forum tersendiri blog ini. Maka jangan lupa tinggalkan komen sekiranya terjumpa embedable forum yang terbaru atau sekiranya mempunyai apa apa masalah untuk dikongsi.






)
thanks.bnyk info saya dapat.saya memang suke menggunakan blogspot.
BalasPadamBlogspot banyak potensi jugak sebenarnya walaupun tidaklah sehebat wordpress atau mana mana blog platform lain yang ada kat market. Skarang blogger pun banyak tgh try function baru di draft.blogger.com rasanya
BalasPadam