Secara mudahnya, flow mendaftar syarikat perniagaan anda di internet ini adalah seperti berikut:-
1- Mendaftar terlebih dahulu dengan laman web kerajaanAtau dengan lebih terperincinya adalah seperti berikut:-
2- Mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3- Hantarkan cadangan nama syarikat untuk pengesahan.
4- Lengkapkan borang pendaftaran.
1- Mendaftar Di www.malaysia.gov.my
Ini adalah laman web induk untuk setiap urusan yang melibatkan organisasi kerajaan. Mungkin merupakan mainframe utama untuk setiap urusan bagi kelancaran. Walaupun begitu entah kenapa website ini hanya sesuai dipapar meenggunakan Internet Explorer sahaja. Boleh daftarkan diri di laman web Kerajaan Malaysia tetapi berbahasa Inggeris ini dengan klik register di atas sebelah kanan.
Lengkapkan butir peribadi dengan tepat dan betul kerana butir peribadi anda akan disahkan terlebih dahulu dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan kemudian barulah diterima. Setelah selesai anda akan menerima email seperti ini:-
Thank you for requesting a Membership on myGovernment.Bila pendaftaran berjaya, anda akan menerima email lain untuk mengaktifkan akaun. Mungkin lebih kurang sama dengan email dibawah:-
You will receive an email with a temporary password once your request has been approved.
If you have any additional questions or require assistance, please contact the site administrator.
Salam Sejahtera,2- Mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Tahniah! Pendaftaran anda berjaya dan telah disahkan dengan pihak JPN.
Sila klik sekali pada pautan di bawah untuk mengaktifkan akaun anda. Sila aktifkan akaun anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh emel ini untuk mengelakkan akaun anda daripada dihapuskan. Sekiranya akaun anda telah dihapuskan, anda perlu mendaftar semula.
Terima kasih kerana mendaftar dengan PSP.
Yang Benar,
Pasukan Portal Perkhidmatan Awam
Sila klik pada pautan berikut:http://www.malaysia.gov.my/bm/activation/NewRegActivation.aspx?userid=xxxxxxxx
Login terlebih dahulu. Kemudian dibahagian atas, klik services pada menu, bersebelahan Jobs dan kemudian akan keluar search form. Masukkan SSM pada kekotak keywords dan klik search.
Pilih dan klik SSM - SSM subscriber Registration dari search result, dan mulakan pendafaran.
Biasanya segala butir peribadi telah siap terisi menggunakan pendaftaran di awal tadi. Pada kes kali ini pilih ROC. Ini adalah percuma. Pendaftaran anda akan diluluskan secara automatik.
3- Pengesahan Nama Syarikat.
Itu bagi memastikan nama yang anda bakal gunapakai sebagai nama syarikat kelak tidak pernah didaftarkan lagi oleh mana-mana individu lain. Kemudian supaya nama syarikat anda mempunyai kaitan dengan apa yang anda niagakan.
Sekali lagi klik pada Services, dan kali ini boleh cuba search menggunakan keywords SSM atau ROB
Pilih dan klik SSM - Application for Business Name Approval (ROB) dari search result, dan mulakan pendafaran.
Andaikata nama syarikat telah digunakan, ataupun jenis perniagaan anda tidak jelas, permohonan anda akan ditolak.
PERMOHONAN DITOLAK. NAMA PERNIAGAAN TELAH DIGUNAKANJikalau lulus, barulah boleh maju ke langkah yang terakhir iaini yang penghabisan.
Thank You.
MyGovernment Portal Team
PERMOHONAN ANDA DITOLAK. JENIS PERNIAGAAN TIDAK JELAS. SILA JELASKAN.
Thank You.
MyGovernment Portal Team
PERMOHONAN DILULUSKAN. SILA HANTAR BORANG PENDAFTARAN BARU PERNIAGAAN DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH KELULUSAN NAMA.4- Lengkapkan Borang Pendaftaran Syarikat.
Thank You.
MyGovernment Portal Team
Untuk tujuan ini lengkapkan pula borang SSM - Online Registration of Business (ROB). Disini akan dikenakan bayaran sebanyak RM65. Setelah selesai anda akan menerima email yang mengatakan pendaftaran anda telah pun berjaya dan sijil pendaftaran akan dihantar kepada anda.
Tidak susah, dan cepat juga sebenarnya pasukan portal MyGoverment ini menjalankan tugas mereka. Mungkin kalau tiada apa-apa masalah dalam 2 ke 3 hari sudah boleh selesai.
Rasa sukacita kalau ada yang sudi berkongsi untuk ROC.
0 comments:
Catat Ulasan