Dalam mencari-cari ikhtiar untuk selesaikan hutang dahulu, selain mencari wang lebih, aku cuba melihat jalan ikhtiar dari sudut agama. Yalah, sudahlah berhutang, tentulah kena mencari wang untuk mengambus balik segala hutang tersebut.
Tapi bila aku melihat masalah yang dihadapi dari perspektif agama tentu ada jalan ikhtiar yang lain yang boleh membantu. Adakalanya tidak masuk akal. Sampai kita tertanya-tanya dan meragui walaupun dituntut untuk bukan sahaja meyakini tapi beriman. Kerja Tuhan memang misteri. Salah aku juga. Sudah ditmpa musibah baru teringat Tuhan.
Biasalah manusia. Disuruh beringat, itu juga yang dilupa.
Ini petuanya. baca sura al-Waqiah. Kalau tidak biasa, cuba mula dengan sebulan sekali. Kemudian seminggu sekali. Kemudian dah biasa teruskanlah dengan sehari-hari. Lebih baik dihafal untuk bacaan dalam sembahyang.
Bukan sekadar ikhtiar dan doa bagi penyembuh hutang, tapi surah al-Waqiah dikatakan dapat memurahkan rezeki masing-masing. Ini petua. Bukan aku yang kata. Ikutlah nasihat aku ini. Aku pun boleh turut dapat pahala nanti.
Anehnya, cuba baca dan amati maksud ayat-ayat dari surah al-Waqiah ini. Tiada satu menyentuh soal hutang. Tiada satu menyentuh soal rezeki. Tapi hakikatnya, dengan ayat-ayat suci inilah yang boleh menjadi penawar dalam kedua-dua hal ini. Mungkin ada yang tersirat yang aku masih belum upaya nampak.
Cubalah dan ceritakan hasilnya nanti di sini.[Blog this!]
* Andaikata kamu sukakan artikel ini, kongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan "klik di sini"
.
0 comments:
Catat Ulasan