
Image Credit: Volante
Selain daripada belajar tentang asas dalam perniagaan internet pada pendapat aku kenalah juga kita tahu perkembangan semasa dan terkini tentang industri ini. Uniknya, berita dalam dunia internet marketing hanya akan terus diperbincangkan dalam blog atau forum sahaja. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita ikuti beberapa blog yang menjadi pilihan, ikutan dan idol dalam dunia internet marketing ini. Adakalanya manfaat yang bakal kita perolehi bukan sekadar informasi terkini tetapi banyak juga yang sudi untuk berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing. Untuk menyenaraikan satu persatu disini, mungkin agak banyak tapi aku perkenalkan sahaja platform dan blog network yang menghimpunkan blog nama-nama besar dalam industri ini.
affbuzz.com
Menghimpunkan hampir 30 blog terkenal dalam industri ini bersama-sama 10 post terkini daripada blog-blog tersebut. Blog yang tersenarai banyak menceritakan tentang hal tersendiri dan lebih bercorak individual blog dan fokus kepada internet affiliate marketing

Power150
Power150 adalah merupakan ranking khusus buat internet marketing blog. Di ranking berdasarkan Google PageRank, Alexa point dan beberapa faktor lagi. Berbeza dengan senarai dalam affbuz, blog dalam senarai ini banyak berbentuk korporat yang mana tulisan dan blog post mereka bercorak internet marketing secara keseluruhannya.

Internet Marketer Malaysia
Walaupun aku rasa aku tak dapat kumpul semua, berikut adalah blog internet marketer di Malaysia yang baik diberi perhatian. Hampir kesemuanya aku rasa masih menjalankan perniagaan internet marketing bagi market US atau UK dan ada di antara mereka menumpukan penghasilan produk untuk market Malaysia sahaja. Blog-blog ini jugalah antara sumber rujukan tentang perniagaan internet marketing dalam Bahasa Melayu
- Alang
- Shuth
- Gobala
- Zamri Nanyan
- Kidino
- Saifulsham
- Smartzul
- Galadriel
- Mohd Sufian
- Liew CF
- Gaman
- Tuah Emas
- Labanon
- Tazilan
- Sham
- Bitol
- Patric Chan
- Sunny Tan
- Azhar
*Dapatkan lagi idea untuk buat duit di internet dengan mudah dengan melanggani blog HujanEmas dan jangan lupa untuk "Beritahu Rakan dan Keluarga Anda" tentang artikel ini.
.
0 comments:
Catat Ulasan