Rabu, Februari 25, 2015

Youtube 10 Tahun! Koleksi Video Viral Sepanjang Zaman Disini


Siapa sangka website youtube sudah pun berusia 10 tahun. Daripada website yang cuma tempat perkongsian video-video rakaman peribadi dan amatur, kepada tempat untuk menonton perlbagai jenis bentuk video tidak kira berita, koleksi drama lama, video ceramah agama, video fitnah dan maksiat, malah ada juga movie dan filem keseluruhannya sekali.

Dari hanya di skrin komputer, kepada skrin telefon dan sekarang usaha untuk ke skrin tv. Mungkin tak mustahil akan ada usaha untuk mambawa youtube ke skrin wayang pula.

Entah apa akan jadi pada website youtube ini lagi 10 tahun, tiada siapa yang tahu. Mungkin kita boleh mula kira berapa banyak masa yang pernah kita bazirkan di website ini.

Enjoy video-video pilihan klasik, sejarah dan viral sepanjang zaman di bawah.



1- Me at the zoo : Video Pertama di Youtube; tengah tahun 3 di universiti masa ini.



2- Zidane headbutts Materazzi : Final year World Cup masa tengah belajar di oversea.



3- Laughing baby : Baby gelak pun ada 10 juta orang tengok. Kalau seorang bayar seringgit dah jutawan baby ini. Sekarang maybe dah darjah empat.



4- Noah takes a photo of himself every day for 6 years : Bayangkan hidup selama 6 tahun berlalu dalam masa 6 minit dengan video ini. I respect the consistency.



5- My First Kiss : Reality TV Web Series; ada 4 - 5 Seasons. Hanis Zalikha, daripada tulis blog, mungkin boleh mula buat webseries macam ni untuk tontonan kami khasnya.



6- Where the Hell is Matt? : This guy is somewhat genius. Pernah kelauar dalam iklan VISA



7- Dari Jemapoh Ke Manchestee (2001) Full Movie : Berhajat untuk manulis dan menjadi pengarah Dari Jemapoh Ke Manchestee 2



8- Psy’s Gangnam Style - Yang ni dah boring



9- GoPro HERO3: Almost as Epic as the HERO3+ : Kalau letak satu GoPro dalam kubur, boleh ke dapat video? Harap-harap ada orang hadiahkan saya satu masa hari jadi nanti.



10 - DO THE HARLEM SHAKE (ORIGINAL) : Ini lagi boring


Sempena hari jadi youtube yang ke 10 tahun, sharekan video pilihan korang di komen.



Post From: http://www.Hujanemasx.com